Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi

Parti Solidariti
Tanah Airku

Starsabah

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di atas talian ataupun melalui Email.

"Bersatu Demi Sabah, Berjuang Untuk Hak Kita"

Inikalilah Kita Menang...!!

  • 1

Sejarah

Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia β€˜Registry of Society’ pada 30 Jun 2016.

  • 2

Perlembagaan

Untuk mengetahui Perjuangan, Matlamat dan Tujuan parti, Sila lah Muat Turun Perlembagaan STARSABAH di SINI.

  • 3

Sertai Kami

Sertai kami dalam perjuangan Parti Solidariti Tanah Airku. Borang boleh dimuat turun di sini.

Sejarah Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah)

Penubuhan dan Asas Parti

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) diasaskan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, J.P seorang pemimpin politik yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam politik dan pentadbiran Sabah.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan mempunyai latar belakang akademik yang kukuh dan pengalaman dalam pelbagai jawatan penting dalam kerajaan negeri dan persekutuan. Beliau terkenal dengan keazamannya dalam memperjuangkan hak-hak Sabah, terutamanya dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sering dilihat sebagai asas kepada pembentukan Malaysia.

Perjuangan Awal dan Visi

Parti Starsabah mula beroperasi dengan visi yang jelas iaitu untuk memastikan Sabah mempunyai hak autonomi yang penuh, terutamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan pentadbiran.

Pencapaian dan Sumbangan

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, J.P STAR Sabah telah mencapai beberapa kejayaan penting. Parti ini berjaya menyuarakan isu-isu penting yang memberi impak besar kepada rakyat Sabah, seperti isu royalti minyak, hak ke atas tanah adat, dan pembangunan infrastruktur yang seimbang.

Komitmen Masa Depan

Parti STARSabah tetap komited untuk terus memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah. Dengan kepimpinan yang berwibawa dan visi yang jelas, STAR Sabah bertekad untuk memastikan Sabah mencapai tahap pembangunan yang setara dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Dapatkan berita terkini dan perkembangan terbaru mengenai perjuangan dan aktiviti Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) di sini, dan ketahui bagaimana kami bekerja untuk memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat Sabah!

Berita Starsabah