PARTI SOLIDARITI TANAH AIRKU

Sejarah

YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan

Presiden STARSABAH

Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah.

ADUN N.39/Ahli Parlimen P.180 Keningau.

Parti Solidariti Tanah Airku (Inggeris: Homeland Solidarity Party) atau lebih dikenali sebagai STAR Sabah ialah sebuah parti tempatan ditubuhkan di Sabah Borneo, Malaysia yang diketuai Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan.

STAR Sabah ialah parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan juga salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk bahagian Negeri Sabah. Parti ini telah dijadikan Parti Tempatan Solidariti milik Negeri Sabah oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan pada 1 Julai 2016 selepas hasil perbincangan dengan Parti Reformasi Negeri (STAR Sarawak).Parti ini akhirnya diubahsuai dari Logo, Nama Parti, dan juga berjalan dengan Matlamat mereka tersendiri mengikut kehendak rakyat Sabah dan lebih memfokuskan keutamaan orang-orang asal serta pembelaan sejarah Negeri Sabah. Parti ini kemudiannya menyertai Gabungan Sabah Bersatu (USA) bersama-sama dengan Parti Progresif Sabah pada tahun 2016. Pada 12 September 2020, Parti STAR Sabah telah menyertai gabungan baru iaitu "Gabungan Rakyat Sabah (GRS)" atas persetujuan Parti-Parti yang ada di Sabah.

Presiden STAR Sabah iaitu Datuk Jeffrey Kitingan telah bersetuju Parti-nya menandatangani Perjanjian "MoU" Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 9 Januari 2021 untuk mengelakkan campur tangan dan gangguan politik luar dari Negeri Sabah. Diringkaskan ayat, Perjanjian "MoU" ini adalah bertujuan untuk memberikan Autonomi kepada Parti-Parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kebebasan untuk membuat pilihan tersendiri. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ialah salah satu Gabungan Kerjasama Politik terbesar di Sabah. Datuk Jeffrey Kitingan yang merupakan presiden Parti STAR Sabah menerapkan Autonomi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai keistimewaan yang tidak boleh dikacau dan diganggu oleh mana-mana pihak dari luar Sabah.

PARTI SOLIDARITI TANAH AIRKU
Parti STARSABAH

MAKLUMAT PARTI
Nama Chinese 沙巴立新党 Shābā lìxīn dǎng
Nama English Sabahans Homeland Solidarity Party
Pengerusi Fred V. Marukau
Presiden Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan
Setiausaha-Agung Datuk Guan Dee Koh Hoi
Timbalan Presiden Datuk Ellron Alfred Angin
Jalumin Bayogoh
Naib Presiden Datuk Robert Tawik @ Nordin
Edward Linggu
Datuk Annuar Ayub
Ir. Joel Masilung
Suwah Buleh @ Bulleh
Fredderin Tualiang
Saban Sawayan
Fung Len Fui
G. Rizal Johari
Ketua Penerangan Jeffrey Kumin@John
Bendahari Agung Rubbin Guribah
Penganjur Suzanne Francis
Slogan "Kalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?"
Diasaskan 14 Julai 2016
Didahului State Reform Party
Pejabat Sokid Villa, Jalan Kolam Minintod,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Keahlian 340 ribu ahli setakat 28 Feb 2021
Ideologi
  • Regionalisme Sabah
  • Perjuangan Hak-Hak Orang Asal Sabah
  • Perjuangan Hak-Hak Ekonomi dan pembangunan Sabah
  • Warna rasmi      Light Blue      Red      Pink      Light Blue      Yellow
    Laman Web Rasmi Starsabah.org
    Bendera parti